Imej pasukan Pasukan bola sepak kebangsaan Jepun

Laungan penyokong

Penyokong pasukan kebangsaan Jepun dikenali kerana melaungkan "Nippon Ole" (Nippon ialah istilah orang Jepun untuk Jepun) di tempat sendiri.[7]

Kit dan warna

Kit semasa Jepun disediakan oleh syarikat Jerman, Adidas, penaja rasmi pakaian pasukan sejak tahun 1986.

Kit semasa tuan rumah terdiri daripada jersi biru dengan lambang dan bendera Jepun di dada, seluar pendek biru dengan tompok merah jambu cerah di tepi dan sarung kaki berwarna merah jambu di atas. Kit tempat lawan adalah berwarna neon kuning, dengan aksen biru tentera laut dan oren. Pada tahun 2011, Jepun menukar warna nombor daripada putih kepada emas untuk sementara waktu.

Sebelum Adidas, Asics dan Puma telah menjadi penaja rasmi pakaian pasukan. Reka bentuk kit pasukan telah melalui beberapa perubahan pada masa lalu. Semasa awal tahun 80an, kit pasukan berwarna putih dengan trim biru. Semasa Jepun dilatih oleh Kenzo Yokoyama (1988–1991) kit berwarna merah dan putih, menyamai warna bendera negara Jepun. Kit yang dipakai untuk Piala Asia 1992 terdiri daripada jalur putih (diolah untuk membentuk sayap) dengan berlian merah. Semasa penampilan pertama Jepun di Piala Duni pada tahun 1998, kit pasukan kebangsaan merupakan jersi biru dengan dengan reka bentuk api merah dan putih di lengan. Kit telah direka oleh JFA (dengan penaja berselang-seli setiap tahun antara Asics, Puma dan Adidas).

Jepun menggunkan warna biru dan merah dan bukannya merah dan putih kerana kepercayaan karut. Ketika pertandingan antarabangsa besar pertama, Sukan Olimpik Musim Panas 1936, Jepun menggunakan kit biru ketika perlawanan menentang Sweden dan Jepun menang perlawanan itu dengan keputusan 3–2.[8]

Tuan rumah
1917
1950-1975
1975-1979
1979-1980
1980-1983
1983-1986
1986-1987
1988–91
1991-1992
1992–96
1996–98
1999–2000
2001
2002–03
2004–05
2006–07
2008–09
2010–11
2012–13
2014–15
2015–17
Tempat lawan
1980-1981
1984-1985
1985
1999–2000
2001
2002–03
2004–05
2006–07
2008–09
2010–11
2012–13
2014–15

Tajaan

Jepun merupakan salah satu pasukan dengan pendapatan penajaan yang paling tinggi untuk skuad kebangsaan. Pada tahun 2006, pendapatan penajaan mereka berjumlah lebih £ 16.5 juta.

Penaja utama termasuklah Adidas, Kirin, Saison Card International, FamilyMart, JAL, Mitsui Sumitomo Insurance, Sony, Asahi Shinbun, Konami, Mizuho Financial dan Audi.[9]

Maskot

Maskot pasukan ialah "Karappe" (カラッペ) dan "Karara" (カララ), dua Yatagarasu memakai seragam pasukan kebangsaan Jepun. Maskot ini telah direka oleh artis manga Jepun, Susumu Matsushita. Setiap tahun apabila kit baru dilancarkan, maskot ini menukar seragam.

Rujukan

WikiPedia: Pasukan bola sepak kebangsaan Jepun http://goal.com/en/news/14/asia/2009/06/02/1301486... http://www.kansas.com/2011/07/17/1936597/how-have-... http://www.rsssf.com/miscellaneous/jap-recintlp.ht... http://www.rsssf.com/tablesj/jap-intres.html http://www.wldcup.com/Asia/jleague/history.html http://www.wldcup.com/Asia/nats/index.html http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedd... http://search.japantimes.co.jp/cgi-bin/nn20100209i... http://www.jfa.jp/eng/samuraiblue/news/00017556/ http://www.jfa.or.jp/